Artikel sebelum ini berbincang tentang mikrofon-mikrofon kondenser berdiafragma besar. Mikrofon dinamik pun tidak kurang hebatnya untuk menangkap bunyi ke dalam rakaman. Berbeza dengan mikrofon kondenser, mikrofon dinamik tidak memerlukan kuasa phantom 48V.
Shure SM7B
Upgred dari SM7, yang mula dikeluarkan pada tahun 1970-an adalah sebuah mikrofon dinamik yang sangat-sangat versatil. Ia sangat mesra dengan pelbagai tona suara. Boleh dijerit atau dibisik, dan ia akan menerima apapun bunyi dengan sempurna. SM7 yang asal diperkenalkan pada tahun 1973. Semakan seterusnya, SM7A menambahbaik gegelung humbucking dan reka bentuk yoke mount. Semakan paling terkini, SM7B diperkenalkan pada tahun 1999, menggabungkan windscreen yang lebih besar. Tahukah anda, SM7/SM7A/SM7B ini sebenarnya hanyalah SM58 yang diberi windscreen dan fungsi filter?
Mikrofon ini sangatlah notorious dengan gainnya yang sangat rendah. Jika preamp/interface anda boleh membekalkan gain yang mencukupi, ok. Jika tidak anda memerlukan sesuatu seperti Cloudlifter CL-1 .
Harga: ~RM 2,500
Electro-Voice RE20
Ketika Electro-Voice RE20 memulakan debutnya pada tahun 1969, ia diperkenalkan sebagai “pembunuh kondensor” untuk aplikasi suara dan rakaman audio, tetapi ia dengan cepat menjadi mikrofon kegemaran untuk para penyiar, disebabkan penapis pop dalaman yang baik, dan dengan teknologi Variable-D yang mengurangkan kesan jarak (proximity effect), dan corak kutub kardioid sebenar tanpa pewarnaan pada 180 darjah melawan paksi.
Harga: ~RM 2,000
Shure SM57
Shure SM57 adalah mikrofon dinamik kardioid impedans rendah yang dibuat oleh Shure Incorporated dan biasanya digunakan dalam penyiaran dan rakaman studio. Ia adalah salah satu mikrofon terlaris di dunia. Ia digunakan secara meluas dalam muzik sebagai mikrofon untuk instrumen dan telah digunakan untuk ucapan oleh setiap presiden US sejak diperkenalkan pada tahun 1965. Mikrofon ini sangatlah tahan lasak dan baik nadanya. Dikatakan binaannya amat kuat anda boleh lalukan tayar lori ke atasnya dan mikrofon ini akan kekal baik.
Harga: ~RM 400
Shure SM58
Mungkin inilah mikrofon dinamik yang paling popular di dunia. SM58 berkongsi elemen yang sama dengan model sebelumnya, SM57, dengan diaphragma Unidyne III. Satu-satunya perbezaan antara kedua model ini adalah tambahan reka bentuk gril. Reka bentuk gril SM57 membolehkan lebih banyak kesan jarak (proximity effect) kerana diafragma mikrofon dapat diletakkan lebih dekat dengan sumber suara.
Harga: ~RM 400