Audio interface. Mungkin peranti utama yang perlu dibeli bila ingin membina/setup sebuah studio. (Sengit dengan monitor speakers). Tak kira studio rumah, semipro, atau studio profesional, audio interface adalah keperluan dan wajib ada.
Preamp memainkan tiga peranan dalam rakaman. Satu, memberikan kuasa phantom 48V kepada mikrofon kondenser. Kedua, memberikan gain secukupnya untuk mikrofon itu berfungsi. Ketiga, memberi karakter bunyi kepada signal audio yang melaluinya.
Mikrofon dinamik pun tidak kurang hebatnya untuk menangkap bunyi ke dalam rakaman. Merupakan mikrofon yang tak memerlukan kuasa luar dan sangat versatil.
Mikrofon merupakan elemen terpenting dalam rakaman audio. Ia menukar gelombang bunyi ke isyarat elektrik yang bergerak ke penerima apa pun, sama ada pengadun (mixer) atau antaramuka audio (audio interface).
Dalam dunia rakaman studio, kita selalu dengar top engineers kata, βsource is everything.β Ada sesetengah producer pula kata: βJust fix it in post.β Aku berat ke pendapat yang pertama. Susah nak baiki audio semasa mixing jika source yang dirakam hancur.