Dalam dunia rakaman studio, kita selalu dengar top engineers kata, “source is everything.” Ada sesetengah producer pula kata: “Just fix it in post.” Aku berat ke pendapat yang pertama. Susah nak baiki audio semasa mixing jika source yang dirakam hancur.
Sekitar 2007 (22 tahun), aku mula berkenalan dengan dunia recording. Production muzik dah lima enam tahun dah sebelum tu. Tapi tak pernah pula merakam.
Sampailah ke tahun 2012, Hijjaz Records, pelopor industri nasyid Malaysia memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi engineer mereka. Fresh faced ni. Tak pernah langsung merakam.
Aku ingat mic pertama yang aku pernah handle, is none other than the Neumann TLM 49. Price: RM 8,500.
Kalau checkpoint pertama ni dah rendah kualitinya, maaf cakap lah, hujung sebelah sana (final audio) pasti tak baik.
OK dari mic, lalu/sambung ke mana? Waktu tu haram tak tahu apa, dari mic terus ke Focusrite Liquid Saffire, interface di studio. Hanya plain built-in preamp.
Boleh tahanlah hasil vokalnya. Not bad. Berpuluh kalau tak beratus lagu aku rakam waktu tu. Oh waktu muda…
Baru-baru ni je aku baru percaya the importance of external dedicated Microphone Preamps. Sebelum ni senang je puas hati dengan hasil good mic, dan built-in preamps dalam audio interface. Sekarang sebab dah lalui sendiri baru tahu. Kalau ada bajet, pastikan korang invest pada satu preamp external. Nama-nama seperti Neve 1073 (dan segala klon-klonnya), Avalon VT-737sp, UAD 610, Focusrite ISA adalah antara yang terbaik di dunia. Pasti terbeliak korang mendengar perbezaan kualiti sound yang dirakam.
Neve 1073 SPX, the updated version of the legendary microphone preamp
Aku dah pernah pakai audio interface dari Universal Audio , Apogee , Focusrite , Audient & MOTU . RME & Antelope belum ada rezeki. Sekarang dah lama sikit buat kerja ni dah tahu apa yang baik dan apa yang plastik.
Conversion (AD/DA) is so important. Dari analog ke digital, balik ke analog, masuk ke telinga kita. Berdasarkan info itulah kita buat keputusan & pilihan dalam mixing. Jadi: Kalau conversion tak baik (low end interfaces), selalunya audio yang kita dengar/kita produce pun kurang baik.
Sambung cerita recording. Ada satu pepatah inggeris. You don’t put a lipstick on a pig. Sebelum apa-apa, dalam studio, apa yang kita dengar dari source tu dah kena sedap gila. Penyanyi ke, gitar ke, bass ke, strings ke. Tak kisah yang penting source ni semuanya dah sedia sedap. Kalau source tak sedap, penyanyi barai, musician salah main, sangat susah untuk jadikan rakaman tu hebat.
Lepas dah sahih source kelas satu, kita rekod. Keluar je bunyi dari mulut penyanyi, ia melantun ke — microphone. Inilah laluan pertama semua bunyi untuk masuk ke dalam recording.
Kalau checkpoint pertama ni dah rendah kualitinya, maaf cakap lah, hujung sebelah sana (final audio) pasti tak baik.
Nombor dua. Lepas microphone, cable XLR tu pun lalulah ke apa yang kita panggil sebagai preamp. Baik preamp, baiklah rakaman. Kedua-dua mic dan preamp memberikan karakter kepada bunyi yang kita rakamkan.
Start dari sini, gain kita dah kena jaga. Rendah sangat, noise floor jadi naik pula nanti. Kuat sangat, clipping pula. Gain meter menunjukkan dari -12dB ke -9dB ialah yang terbaik. Kalau signal peaking melebihi -6dB tu maksudnya gain level dah terlebih lah tu.
Jadi nak tekankan di sini. Post-processing (semasa mixing) boleh dibuat, to certain extent. Kalau source yang dirakam tak baik, mix yang boleh dicapai pun takkan dapat 100%.